Tuesday, 25 August 2015

Jurukamera Sedang Leka Merakam Gambar Gadis Cantik Dalam Transit ERL/KLIA Sehinggalah Kantoi ......






                                         



Artis Malaysia Yang Meninggal Pada Ketika Usia MUDA , Al-Fatihah Untuk Mereka Semua .

08072013_atilia-sehati-berdansa-a.jpg
Ramai artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka…
Acik Spin
Acik%2BSpin.jpg
Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.

Din Beramboi
Din%2BBeramboi.jpg
Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demamDenggiberdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Datuk Sosilawati Lawiya (Tokoh Korporat)
Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Faizal Yusof
Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.
Yanie Mentor
yanie%2Bmentor.jpg
Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah. Foto kredit : mybloghub.my
ARTIS INDONESIA VALIA RAHMAN MENINGGAL DUNIA DI USIA 27
Foto_profil_Valia_Rahma_3.jpg
Pengacara dan artis kelahiran Jakarta Indonesia Valia Rahma telah meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru baru ini Menurut sumber Lagi artis filem Hantu Jeruk Purut menghembuskan nafas terakhir

Al Fatihah… Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Kerana Barah. Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.
08072013_atilia-sehati-berdansa-a.jpg
ARIFF JOHAN BEKAS SUAMI PENYANYI ATILIA MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER HATI

Monday, 24 August 2015

18 Kesalahan Ketika Memakai Tudung Yang Diabaikan Oleh Wanita Hijab


 Fesyen tudung yang pelbagai masa kini tidak dapat dibendung lagi . Bukan kerana tidak bagus orang yang mahu berhijab , cumanya garis panduan hijab itu semakin kelautt ! Tidak menepati syarak dan terlalu menjadi ikut-ikutan semata . Semoga pendedahan ilmu ini mampu merubah wanita ke arah lebih baik pada waktu sekarang dan akan datang .

Kesalahan bertudung

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambuldan/atau hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
  15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
  16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
  18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golonganWANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !

Ketahui , Bencana Akhir Zaman Akan Terjadi Jika 15 Perkara Ini Sudah Dilakukan !


%PENJELASAN Rasulullah SAW mengenai bencana sering dikaitkan dengan pra-kondisi sebelum terjadinya bencana tersebut. Hadist riwayat Imam Atturmudzi, dan yang menghimpun hadis ini adalah ulama Alwalial annajdwi yang menghimpun 40 hadis yang menerangkan tentang bencana. Ketika dia metafsirkan hadis ini beliau memberi judul “Lima Kedurhakaan / Kemaksiatan yang Dapat Menyebabkan Datangnya Bencana.”


Dari Ibnu Ali bin Abi Thalib berkata, bahwa Rasulullah telah bersabda : “Bilamana umatku telah mengerjakan 15 perkara ini, maka bala bencana pasti akan turun menimpa mereka.” Sahabat bertanya., “Apa 15 perkara itu ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Bala akan datang bilamana :


1. Harta Negara hanya beredar (dipegang) di kalangan orang-orang tertentu....

2. Apabila amanah telah dijadikan sumber keuntungan.

3. Apabila zakat dijadikan hutang.

4. Bala akan datang bilamana suami menurut kemauan isteri.

5. Anak durhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbuat baik kepada teman sebayanya (pada kehidupan keluarga)

7. Menjauhkan diri dari ayahnya....

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid...

9. Pemimpin suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.(banyaknya pemimpin yang dipilih dari golonganya sendiri dengan dalih kebenaran menurut golongan mereka sendiri)...

10. Seseorang dimuliakan karena ditakuti kejahatannya....

11. Khamer / arak (minuman beralkohol) sudah diminum segala tempat....

12. Kain sutra banyak digunakan oleh kaum laki-laki....

13. Penyanyi disanjung-sanjung....

14. Musik banyak dimainkan....

15. Generasi akhir umat ini melaknat / menyalahkan generasi pertama yakni para sahabat radiallahu anhum ajmain....

Akhir dari sabda Rasulallah SAW adalah : “Maka hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka dirubah menjadi mahluk yang lain apabila mereka telah melakukan 15 perkara tersebut.” [Rayhan]




SUMBER : islampos

Inilah Yang Terjadi Jika COKE DAN SUSU Dicampurkan , Anda Pasti Berhenti MENEGUK AIR COKE SELEPAS MELIHAT Ini .


%Pastinya kita tidak pernah terfikir apa yang akan berlaku sekiranya air coca cola dicampur dengan tenusu . Selepas anda melihat kesulurhan gambar ini , pasti anda akan berhenti meneguk coke . Lihatlah hasil experiment ini . Jangan muntah pula !  Bayangkan bila kedua-dua minuman ini bercampur dalam perut kita? Huhuhuhu…..


1

Wednesday, 19 August 2015

Sedihnya ! Kali Pertama Mendakap Anak Ketika Telah Menjadi Jasad


Kisah ini dikongsikan oleh Ummu Ilham . Admin baca pun sedih , sudahla bersusah payah jerih mengandungkan 9 bulan , tidak sempat mendengar tangisan dan didakap serta menyuakan susu , dia pergi menghadap Ilahi . Begitu berat ujian buatmu semoga tabah .


Tiba-tiba ingatkan dia..
Ilham As-Shauqi Bin Mohamed Shukri
Bulan 2, 2009 Ilham sudah ada dalam rahim. Kami tunggu-tunggu Ilham. Kami doa, Ilham jadi pengikat kasih ummi dan abi. Ilham, ummi selalu tertekan dan emosi tidak stabil masa mengandungkan Ilham. Maaf, kalau Ilham boleh rasa semua itu dalam rahim.
Ilham, dulu kita susah sangat. Ummi kalau boleh tidak mahu ingat lagi, tapi saja ummi tulis ini, supaya adik-adik (Dhuha dan Dani) syukur lahir dalam keadaan lebih senang. Masa mengandung Ilham, Ummi kena kerja, ummi sambung belajar, abi belum habis belajar. Tiap-tiap hari ummi stay-up di UIA, tolong abi siapkan drawing. Antara matlamat utama kami dulu kahwin, memang mahu tolong menolong.
Alhamdulillah, abi jadi 'best student' walaupun banyak ummi yang coordinate. Ilham tahu, masa mengandung Ilham, kami makan bajet-bajet. Sehari seringgit. Cukup beli sayur dengan telur. Ummi bawa Ilham check-up di Sungai Buloh. Masa itu kita tinggal di Damansara.
Abi kerja kuat. Malam kerja part time di Shell. Siang pergi kelas. Kasihan Abi. Satu hari ummi teringin makan pizza. Duit tidak ada. Ummi buka album ada isi duit mas kahwin RM100, ummi ambil sikit bagi pada abi buat beli pizza.
Abi tanya "tak apake?"
Ummi kata "tak apa."
Sampai Ilham 4 bulan dalam rahim, ummi pindah tumpang rumah kakak ummi. Berat keputusan ini, tapi abi baru saja kerja. Ummi kata, duit yang sepatutnya sewa rumah boleh beri pada arwah nenek. Masa itu nenek sakit. Abi pun selalu kena balik Kedah. Jadi kami jimat-jimat.
Alhamdulillah keluarga Ummi banyak tolong. Masa itu ummi sudah tidak bekerja. Sumber pendapatan daripada Abi seorang. Lagipun, duduk rumah kakak ummi dekat dengan hospital. Ummi memang rancang bersalin di Hospital Pakar An-Nur.
Masa 39 minggu ummi baru mula check-up di Hospital Pakar An-Nur. Masa itu baru doktor detect sesuatu tidak kena pada Ilham. Ada cyst. Cyst? Sebenarnya doktor Khamsiah yang nampak dulu masa scan. Ummi macam blur. Sebelum ini check-up di Sungai Buloh tidak ada apa-apa. Ummi tiada bajet buat detail scan. Ummi cakap dekat kakak ummi, Dr. Ar. Minggu depannya ummi perlu induce jika tiada tanda. Kata Dr. Ar apa-apa pun kena keluar dulu.
Ummi induce dua kali masih tak ada tanda. Akhirnya jantung Ilham lemah. Dr. Ar kakak ummi standby. Ummi emergency C-ser. 23 November 2009 lebih kurang pukul 9.45 malam Ilham lahir. Ilham keluar biru. Tidak cukup oksigen. Kakak ummi pam oksigen manual dan cepat-cepat hantar ke HKL.
Ummi mamai lepas pembedahan. Dalam pukul 12, ada seorang staff nurse teman ummi. Masa ummi mamai, nurse ambil sampel darah bawa ke HKL. Abi masuk jumpa ummi. Ummi tanya abi, "baby mana?". Abi kata, "baby problem sikit hantar HKL".
Ummi cool. Pada ummi biasalah baby ada problem sikit lepas lahir. Ummi sembang dengan staff nurse. Beliau cerita kisah beliau bersalin ada komplikasi. Beliau tidak tahu beliau mengandung kembar. Jadi masa bersalin, kembar kedua keluar lewat dan disahkan autisme.
Siangnya dalam pukul 10, ummi masih terbaring. Ummi tertunggu-tunggu abi telefon. Tiba-tiba Dr. Ar, kakak ummi masuk dan beritahu perkara sebenar. Kata beliau "baby masalah besar. Congenital Diaphragmatic Hernia. 50-50 chances to survive. Jangan harap sangat".
Buk! Ummi rasa macam ada benda hempap kepala. Sakit dan pedih. Ummi telefon abi dan menangis. Abi cakap "doa banyak-banyak". Ummi suruh abi balik Bangi. Abi tunggu Ilham di NICU, HKL.
Ummi telefon embah di kampung. Ummi nangis. Petang itu juga mereka sampai. Adik beradik ummi semua datang hospital. Abi balik mandi-mandi di ward. Muka abi serabut sangat. Abi suapkan ummi bubur. Ummi masih belum boleh bangun.
Malam itu ummi kata pada abi, ummi nak tengok Ilham. Ummi belum tengok muka Ilham. Abi kata Ilham putih melepak. Malam itu kakak keempat ummi dan embah (panggilan nenek bagi orang jawa) naik kereta ke NICU. Ramai orang sudah ada di sana. Arwah nenek pun ada.
Ummi naik wheelchair masuk. Ummi tengok Ilham. MasyaAllah comel sangat. Macam muka abi. Nenek cakap pun sama. Rambut lebat. Ummi geletek kaki Ilham, masa kaki Ilham gerak-gerak ummi menangis. Ummi ambil gambar pakai telefon orang. Telefon kami tiada kamera. Tapi gambar itu sudah hilang. Ummi ada gambar masa Ilham sudah tinggal jasad.
Malam itu ummi balik rumah kakak ummi, Dr. Ar. Abi tunggu Ilham di sana dengan nenek. Pagi 25 November 2009, ummi telefon abi. Abi kata Ilham tambah teruk. Ummi cakap, kalau Allah nak ambil Ilham, ummi dah redha. Ummi tak sanggup tengok Ilham macam itu. Abi diam saja. Ummi letak telefon.
Dalam pukul 9.00 pagi, abi telefon lagi. Abi bagitahu Ilham sudah pergi. Ummi menangis dan bagitahu keluarga kita. Mereka semua siapkan untuk mandikan dan kebumikan jenazah Ilham. Ummi tunggu di rumah.
Masa Ilham sampai, itulah kali pertama ummi pegang Ilham walaupun hanya jasad. Ummi cium. Abi dan ummi enjoy our last moment dengan Ilham. Sambil menangis ummi peluk sampailah selesai semuanya Ilham selamt dikebumikan di Sungai tangkas.
Abi kata Abi kuat sampailah apabila doktor serahkan Ilham pada abi. Abi pegang Ilham kali pertama masa itulah air mata mula mengalir.Ummi ambil masa setahun untuk recover dan ia bukan mudah sampailah Dhuha hadir.
Walaupun Ilham tiada, Ilham As-Shauqi Bin Mohamed Shukri, kamu tetap anak sulung kami. Apabila orang tanya berapa anak kami, kami kata TIGA.
Ilham As-Shauqi
Dhuha Tihani
Dani Al-Fateh
Nota: Congenital Diaphagmatic Hernia adalah sakit yang jarang-jarang ditemui.
Doa saya untuk semua ibu bapa yang pernah kehilangan anak, didoakan mereka menjadi syafaat kita di akhirat.
Amin.


6 Gambar Kembar Iras Ala-Ala Artist Malaysia , Yang Gambar No 6 Tak Tahan Gelak Tengok .



Mungkin seiras tapi tak serupa. Kan. Itulah kembar-kembar kita di dunia ni, mungkin hanya selebriti sahaja yang dapat mereka kenali. Kalau kita, ada rezeki terjumpa lah tu.

Gambar no.6 tu mungkin lawak sikitkan. hhaahaha