Tuesday, 18 August 2015

Baru Kahwin , Dia Dah Tak Sentuh Saya Selepas " Malam Pertama " Hanya Kerana Saya " BERBULU "


Nota admin : Kepada lelaki diluar sana , ang ingat wanita tak geli ang berbulu kaki lebatkah ? Memang penciptaan lelaki berbulu kaki dan ada yang tak ada bulu . Jadi tak perlulah nak rendahkan martabat wanita yang berbulu .. Im touching u !!

Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.
Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.
Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan!
Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah - suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.
Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.
Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.
Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik? Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa.
Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui s*x drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.
Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.
Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang membunuh keyakinan diri saya 100%. Rasa terhina sangat.
Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain. Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.
Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.
Dia tak 'dapat' dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri. Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.
Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.
Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya.
Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

Keputusan SPM Artis Terkenal Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu



Inilah Punca Sebenar Kematian Budak 11 Tahun ini Mendapat Tunduk Hormat Dari Pasukan Doktor


Doktor di Shenzhen, China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini. Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain.

Keluarganya menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai rasa sakit yang dia alami dari penyakitnya dan “dapat hidup dengan cara yang lain.” Keluarganya juga bercakap tentang sekiranya ia masih hidup, kanak-kanak itu mahu menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang lain. Mengetahui bahawa ianya tidak akan berlaku, dia melihat ini sebagai pilihan yang terbaik seterusnya dalam membantu pesakit lain hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan beliau pasti akan bersetuju.

Misteri Gambar Bahagian Tubuh Badan Seorang Lelaki Ini Menarik 20 Ribu Pembaca Untuk Mengetahuinya


Sekali pandang , pastinya kita tidak merasakan ia adalah part of salah satu anggota badan manusia , kan ?? Gambar ini mendapat perhatian ramai pembaca yang rata-ratanya mengakui bahawa bahagian manakah ia berbentuk sedemikian . Ada juga mengatakan gila memuatnaik gambar yang membawa unsur pemikiran negatif serta pelbagai lagi . Tidak kurang juga komen bahwa ia gambar yang sangat misteri , kelakar dan sangat pelik untuk diteka . hahaha .


Gambar ini milik Craig Baldo , pelawak negara New York . Al-kisahnya gambar ini sahaja untuk anaknya dimana terlekat sekeping stiker bintang untuk dicari anaknya . Namun mendapat perhatian kawan mukabukanya . 

Jom lihat aksi komen mereka :





Akhirnya , setelah pelbagai jawapan diberi , salah seorang komen seperti berikut :


HAhahaha , ia adalah kaki dari bahagian sisi pandangan . huuuu
inilah gambar tersebut in real sebelum di"crop"


Makin pelik dan aneh , hahaha .. apapun , sudah terjawab . 
terima kasih pembaca semua :)

Saturday, 15 August 2015

Wow ! Bestnya . Kejutan Istimewa Norman Hakim Untuk Pernikahan Abby Abadi dan Jai (5 foto)


Tahniah buat abby dari semua peminat, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat .
Buat suami barunya , Muhammad Faizal Zakaria , jaga abby baik-baik ok !

Hari ini adalah hari yang bersejarah buat artis Abby Abadi kerana telah bergelar isteri kepada Muhammad Faizal Zakaria. Mereka telah selamat diijab kabulkan pada jam 3.30 petang tadi di Masjid As-Sobirin di Keramat hanya dengan sekali lafaz.

Norman Hakim dan isterinya Memey juga telah mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminnn...

Jom kita lihat FOTO majlis pernikahan Abby Abadi dengan suaminya Muhammad Faizal Zakaria.




Friday, 14 August 2015

10 Artis Wanita Paling Cantik Di Malaysia Yang Nombor 16 Dan 8 Tu Betul Ke Dah Takde Orang Lain Ke Yang Lagi Cantik ?


Wanita dan kecantikan mustahil dapat dipisahkan apatah lagi kepada golongan artis dan selebriti. Ada sanggup berbelanja besar untuk tampil anggun dan bergaya.
Sebagai individu yang tergolong dalam kelompok menjadi perhatian ramai, memang agak jarang melihat artis muncul tanpa mekap, apatah lagi dengan penampilan wajah asli.

Namun di persada industri hiburan tanah air kini senario sudah berubah apabila kebanyakan bintang baru terutama yang berwajah Pan-Asia tetap tampil menawan walaupun tanpa secalit mekap.
Bagaimanapun, tidak terkecuali artis yang dilahirkan tanpa darah campuran seperti Erin Malek dan Wawa Zainal yang tetap muncul anggun walaupun tidak bersolek.
Justeru, ikuti paparan menarik yang berkongsi beberapa amalan penjagaan kecantikan oleh 10 artis paling jelita masa kini yang berusia di bawah usia 30 tahun.
Elfira Loy
Sejak kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga kecantikan, dia mesti mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya.
Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei Wang, Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja. Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja.
Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-temurun daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci dan membuang daki pada badan.
Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang menanggalkan daki. Saya juga tidak berminat memutihkan kulit badan. Bagi saya, cukuplah kulit sekadar nampak lembap setiap masa, katanya.
Izara Aishah
Izara Aishah Hisham pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur.
Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di tempat awam tanpa solekan.
Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan. Saya makan apa saja yang dihidangkan, katanya.
Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan Naziha itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010.
Anzalna Nasir
Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika dia tampil menggayakan gaun labuh dan pendek.
Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.
Nur Fathia


Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff pula dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai Kekcolly yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.
Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.
Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun, saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan daripada bahan semula jadi yang selamat.
Saya selidik dulu penghasilan produk itu sebelum membuat keputusan mencuba. Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup.
Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta membasuh muka setiap hari, katanya.
Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan cepat nampak tua. Fathia yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih selesa memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka menggunakan teknologi terkini dan bahan organik.
Neelofa

Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2010/2011.
Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara program TV seperti Nona dan Meletop.
Kilafairy
Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis ini bijak dalam penampilan.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga anak bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil berjaya membina namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.
Emma Maembong

Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa mekap.
Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.
Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai model iklan ini pernah membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).
Tasha Shilla
Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak dalam lakonan sudahpun dibuktikan oleh artis yang memiliki mata paling cantik ini.
Pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012.
Nelydia Senrose
Kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35.
Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan terkini, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.
Wawa Zainal
Berstatus isteri menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh jerawat.
Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai mask (topeng muka) setiap dua minggu sekali, katanya.
Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan Budak Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam sehari.
Sumber: ohhinformasi

Allahuakbar ! Allah Maha Besar . Muqadam Dijumpai Di Pulau Reuinion Masih Cantik Dan "Terpelihara"



aint Andre: Satu naskhah muqaddam dijumpai penduduk Pulau Reunion di lokasi penemuan serpihan pesawat di kawasan pantai timur pulau berkenaan, semalam.

"Ia mungkin teks dari Malaysia, Indonesia atau Brunei di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam,” kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya pemberita tempatan mengenai buku yang bersalut plastik itu.

Sementara itu, Kerajaan Perancis terus menambah jumlah helikopter dan kapal terbang yang meninjau di udara Pulau Reunion manakala bot

meninjau di laut sebagai usaha mencari serpihan pesawat MH370.

“Atas arahan presiden dan Perdana Menteri Perancis, adalah diputuskan untuk menghantar aset tambahan maritim dan pasukan udara bagi mengesan serpihan di sekeliling Reunion," kata Menteri Pertahanan, Pengangkutan dan Laut dalam kenyataan bersama. - The Telegraph