Friday, 24 July 2015

Disangka Tali Pusat , Rupanya Alat Kelamin Bayi Tersebut , Lihat Apa Yang Doktor Ini Lakukan Sangat Mengejutkan .


Fuh , kecut perut kalau masuk hospital woo . Lain yang sakit lain pula yang dibuatnya . Namun,nasib/takdir telah ditentukan .



Seorang doktor pelatih telah memotong alat kelamin bayi lelaki terbabt selepas mendapati ia adalah tali pusat . Apa yang memeranjatkan adalah doktor tersebut cuba memasang/jahit semula agar ia dapat bercantum dengan yang asal .  2 lagi kecederaan baru ditemui .

* Kejadian berlaku diluar negara , tp tidak mustahil kita bakal menerima berita yang sama kelak .
Dhrap para doktor harus lebih peka dan tidak cuai kerana ia melibatkan nyawa .-tambahkejuu

Ngeri ! Sky Burial Kubur Mayat Pelik Di Dunia



Ngeri sungguh bila tengok gambar kan ? Aduh ! Tapi itulah yang berlaku . Menurut kepercayaan orang Tibet, mayat yang sudah meninggal dunia diletakkan di puncak bukit kononnya untuk berehat dan membiarkan roh mereka tinggal di sana.


Bukan itu sahaja, mereka memotong mayat sebagai makanan burung hering dan tiada apa yang ditinggalkan dan mereka tidak menanam sumber bumi yang tidak berharga dan sudah mati kerana tanah yang terhad dan keras.

Burung hering adalah simbol kehidupan bagi mereka bahawa kematian seseorang itu hidup untuk tanda lain pembaharuan. Ini adalah satu amalan yang suci kepada mereka ia dipanggil 'Sky Burial'.

Takde Otak ! Remaja Selfie Bersama Arwah Atuk Sejurus Menghembuskan Nafas Akhir


Kali ini seorang cucu selfie bersama mayat arwah atuknya yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir . Kalau dulu Adi Fashla selfie di kuburan , dan pemain acara fear factor ambil gambar jenazah arwah ayahnya . Kini remaja perempuan ini pula . Makin menjadi-jadi serta terikut-ikut . 
Budaya inilah yang bahaya . 


Apapun , tambahkejuu ucapkan takziah pada pihak keluarga diatas kehilangan orang tersayang . Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman - insyaALLAH .

Thursday, 23 July 2015

Ditegur Allah Kerana Terlalu Ghairah Update Status Di Facebook Ketika Mengandung , Apa Berlaku ?



"Jangan upload gambar bayi yang berusia bawah 40 hari " , pernah baca tentang ini di mana-mana perkongsian blog/forum ? Pastinya pernah . Kali ini , admin mendapat satu cerita benar berlaku bagaimana allah menegur secara halus ke atas seorang ibu yang sedang mengandung . Semoga dijadikan ikhtibar dan pengajaran disebalik cerita ini .

Kalau dulu makayah kita tak buat begitu sebab tiada kemudahan internat dan masa itu tidak berapa pandai bab-bab it dan kreatif ni kan . Janji anak sihat montel :)
Cerita ini dikongsikan semula kepada umum untuk dijadikan pengajaran semua , 
Ya, saya pernah ditegur Allah.
Siapa yang tidak gembira apabila mendapat tahu yang kita akan menerima cahaya mata. Setiap bulan, setiap minggu kalau boleh setiap masa mahu kemaskini. Setiap kali pergi check-up saya akan kemaskini untuk beritahu semua orang.
Belum lahir ke dunia lagi si Kecil ini, saya sudah kemaskini bermacam-macam. Pergi beli-belah baju dan keperluan dia pun saya kemaskini di Facebook. 
Apa-apa artikel yang saya baca tentang si Kecil akan saya kemaskini di Facebook. Dengan harapan orang lain tahu saya bakal menimang cahaya mata.
 
Apa yang saya tidak tahu?
Ada rakan-rakan saya yang masih tidak punyai rezeki menimang cahaya mata sedang membaca status saya.
Apa perasaan mereka bila membaca status saya?
Tambahan pula apabila mereka lebih awal berkahwin daripada saya.
Itu kesilapan terbesar saya. Ya, saya tidak peduli. Saya masih lagi memuatnaik foto baju dan kelengkapan baby. Kemaskini bermacam-macam status tentang si kecil ini yang saya fikir semua orang kena tahu (sebenarnya mereka tidak mahu tahu pun).
Allah nampak dan tahu niatku tidak betul. Lalu dia menegur. Disaat waktunya telah tiba untuk si kecil itu menjengah kedunia. Allah menjemputnya pulang ke tempat asalnya.
Jikalau si kecil itu masih hidup?
Sudah pasti akan di muatnaik dan dikemaskini tentang si kecil itu. Mungkin saya tidak sedar yang saya sudah mengguris perasaan rakan-rakan yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Ini hanyalah sekadar perkongsian untuk dijadikan tauladan daripada pengalaman saya sendiri.
Mohon maaf jika ada yg terasa hati dengan saya. Niat saya bukan mahu perlekehkan sesiapa. Ini pengalaman saya.
Nasihat ini adalah lanjutan daripada kisah pasangan Shafiq Abu Bakar dan Nurun Najat yang telah kehilangan cahaya mata mereka.
 
 Ia mengisarkan pengalaman penulis yang teruja untuk menimbang cahaya mata lalu sering mengemaskini kisah-kisah beliau di media sosial. 
 
Didalam keterujaan tersebut, penulis terlepas pandang beberapa perkara yang menyebabkannya ditegur oleh Allah.
 
KISAH SEBELUMNYA
 
PASANGAN INI TETAP BERSYUKUR WALAU ANAK TELAH PERGI UNTUK SELAMANYA
 
Kisah ini berlaku pada Disember 2014. Pasangan Shafiq Abu Bakardan Nurun Najat bakal menimbang cahaya mata. Namun begitu, atas kuasa Allah, anak mereka meninggal dunia minit-minit terakhir sebelum bersalin. Walaupun begitu mereka tetap redha malah bersyukur dengan apa yang berlaku
ISNIN, 1 DISEMBER 2014 
Si ibu mula demam teruk dan berlarutan beberapa hari. Kandungan si ibu telah mencapai usia 9 bulan dan hanya menunggu masa untuk lahir ke dunia.
    “Maafkan saya kawan2. Saya sangat malas untuk menjawab sebarang panggilan telefon dan whatsapp daripada kalian. Melainkan saya yang menghubungi kalian. Jika ada sebarang mesej penting sila tinggalkan di mesej atau whatsapp saya. Semalam dan kelmarin, 2 hari saya biarkan telefon mati tanpa dicaj. Manakan tidak, demam teruk bangun hanya untuk solat, menjamah sikit makanan dan minum. Selebihnya terlantar di atas katil. Terima kasih atas kerjasama kalian”
JUMAAT, 5 DISEMBER 2014
08:21pm – Demam si Ibu masih tidak larut. Selepas pulang dari kerja, si Ayah menemani si Ibu ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan di klinik. Doktor di klinik mengesahkan air ketumban telah berkurangan dan tekanan darah rendah. Mereka dirujuk ke PPUM.
    “Monthly checkup lagi. Dengan mamai dan badan tidak cergas, gagahkan diri (juga) pergi ke ‘checkup’ demi anak tersayang. Umi mesti kuat demi anak umi dan abi. Doakan umi sihat cepat ya sayang!”
SABTU, 6 DISEMBER 2014
02:00am – Mereka di PPUM. Keadaan semakin kritikal. Si ibu mula muntah-muntah. Kesihatan si ibu semakin merosot tetapi mereka masih menunggu
    “Both of us are sleepy. After drinking hot tea and solat isya, still not our turn right again. Memang suruh bawak toto n berkampung di sini gamaknya. Hihi”
    “Ya Allah. Permudahkanlah. Lamanya tunggu. 4 jam dah tunggu. Ramai sangat ke orang kat PPUM ni. Adoi”
03:45am – Si Ayah risaukan keadaan si Ibu
04:11am – Tiba giliran mereka. Selepas kandungan si Ibu diperiksa, dengan berat hati doktor mengesahkan anak mereka telah meninggal dunia. Tiada degupan jantung. Mereka terkejut dan bersedih. Si Ibu mengalirkan air mata. Walaupun begitu si Ayah tetap tabah atas apa yang berlaku
    “Alhamdulillah atas ujianmu ya Allah, tidak terungkap dengan kata-kata”
11:00am – Arwah anak mereka masih didalam rahim si Ibu. Doktor masih berkira-kira untuk mengeluarkannya
        “Minta kawan-kawan doakan isteri saya. Doktor tengah ‘decide’ cara nak keluarkan baby. Jadilah apa cara sekalipun asalkan yang terbaik untuknya”
09:00pm – Doktor membuat keputusan untuk memberikan ubat ‘bersalin’ kepada si Ibu untuk membolehkan beliau bersalin secara normal
        “Keadaan isteri sangat lemah. Doktor bagi ubat beranak pada isteri. Semoga dapat bersalin arwah anak kami secara normal. Sangat-sangat perlukan doa kalian untuk memberi kekuatan dan semangat pada isteri. Semoga Allah memakbulkan. Kesian isteri saya”
AHAD, 7 DISEMBER 2014
12:40am – Akhirnya, jasad seorang bayi penghuni syurga telah selamat dilahirkan ke dunia.
        “Isteriku yang tercinta berjaya melahirkan jasad seorang putera dari syurga. Keadaan isteri sekarang stabil. Insyaallah akan keluar dari ICU dlm masa 48jam. Doakan isteri saya terus kuat dan stabil. Putera syurga kami akan kami semadikan di Shah Alam. Insyallah. Alhamdulillah”
Kata-kata dari Si Ayah
Tahun ini tidakku duga aku akan khawin. Tidak juga ku duga akan dikurniakn cahaya mata. Nampak tak disitu. bahagia sangat aku tahun ini.
Tetapi didalam hati berkata,
          “Tuhan tidak beri aku ujian apa-apa ke pada aku tahun ini macam tahun-tahun sudah?, Alhamdulillah, hari ini, Allah beri aku suatu ujian yg berat sangat bagi ku dan isteri”
Kepada anak lelaki ku yang tidak sempat menjengah ke dunia. Aku doakan semoga dikau tunggu abi mu dan ummi mu di pintu syurga. Allah, tolong jagakan dia untukku :(

Hati-Hati , Isteri Anda Mungkin Telah Dir040l dan D1setubuh1 Setiap Malam Oleh Jin LakhnatTanpa Disedari !


Pernah periksa isteri selepas bangun dari tidur ? Ada ke kesan lebam di peha atau mana-mana bahagian?
Dan sering kali orang akan cakap itu pelesit , kan ? Sebenarnya tidak ! Isteri anda dalam bahaya sebab jin suka . Semak semula isteri anda , adakah mempunyai tanda-tanda seperti itu ?

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Surah Al-Hijr, Ayat 39)


Mengerikan , Allahuakbar . Tidak dinafikan perkara ini pernah berlaku kepada wanita-wanita diluar sana .  Jadi jangan pelik kalau setiap malam ada perasan isteri bersikap pelik ketika tidur .
Nah , bagaimana jn boleh merogol atau menyetubuhi badan manusia tanpa sedar ?


Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat. Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.

Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halus tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.


Antara kesan pada wanita apabila dicintai jin adalah;


  1. Wanita akan berasa malas untuk beribadah kepada Allah.
  2. Bagi yang telah berkahwin pula, si isteri mudah menjadi marah kepada suami.
  3. Nafsu seks terhadap suami berkurangan dan enggan melayani suami di tempat tidur.
  4. Jin akan bunuh janin jika si isteri mengandung hasil hubungan dengan suaminya.
  5. Jin akan berusaha sehingga pasangan suami isteri bercerai!
  6. Bagi gadis yang belum berkahwin pula, mereka akan hilang minat untuk berkahwin.


Tanda Wanita Dirogol Jin.

  1. Sering ditindih ketika tidur
  2. Sering ternampak kelibat dan
  3. Sering merasai ada seseorang sewaktu tidur.
  4. Badan berasa letih
  5. Ada kesan lebam pada peha (dan ada mengatakan bahawa terdapat 5 lubang halus pada lebam tersebut)

Jika anda telah dirogol oleh jin, jin tersebut akan merogol anda lagi dihari yang lain. Oleh itu segeralah merawat diri anda jika anda pernah mengalami tanda-tanda yang telah saya nyatakan.

Rawatan Bagi Wanita Yang Dirogol Jin.


  1. Spray bilik tidur 3 hari berturut dengan air yang sudah dibacakan kursi 7x.
  2. Mandi air ruqyah yang sudah dibacakan kursi 7x selama 1 hari sahaja.
  3. Baca kursi dan 3 qul sebelum tidur malam,jika uzur memadai baca didalam hati sahaja.
  4. Elakkan meletak gambar hidup/teddy bear dalam bilik tidur.
  5. Bilik tidur mestilah bersih dan wangi.
  6. Pakaian wangian kasturi sebelum tidur malam

Amalan Untuk Elak Diganggu atau Dirogol Jin Ketika Tidur.
  1. Berwuduk sebelum tidur 
  2.  Baca Al-Fatihah dan Kursi sebelum tidur. 
  3.  Baca 3 Qul (Qul huwallah, Qul Auzubirabbil Falaq dan Qul Auzubirabbinnas) hembus ditapak tangan dan sapukan ke tubuh sebelum tidur. 
  4. Jika anda datang bulan, pasanglah mp3 ayat quran seperti surah al-Baqarah atau ayat ruqyah sebelum dan semasa tidur 
  5. Jika anda ditindih ketika tidur, Azan lah didalam hati.

#Peringatan Khas Buat Suami Isteri!! Ada Sebab Mengapa Rasullulah Melarang Suami Yang Balik Lewat Malam Terus Meniduri Isterinya!


Bahaya memang sangat bahaya . Bagus artikel ni bagi buat suami yang suka lepak kedai kopi lewat malam , dah lewat malam balik baru nk carik isteri atas katil . Ishh . silap-silap yang lain bersama isteri .

Larangan Rasulullah sangat berasas bahawa suami yang balik lewat malam dilarang terus meniduri isterinya .
Jom baca lebih lanjut kemudian share pakat tambahkejuu dalam resepi keluarga .


Bagi anda yang beristeri terutama kaum muslimin, pesan Rasulullah sekaligus adab dalam musafir adalah, janganlah seorang laki-laki pulang mendatangi isterinya di malam hari. Mengapa?

Dalam kitab Al Ishabah, Ibnu Hajar Al Asqalani menceritakan asbabul wurud hadis yang melarang pulang safar di malam hari.Telah beberapa hari sahabat itu musafir. Dan malam ini, ia pulang ke Madinah dan terus menemui isterinya. Betapa terkejut dirinya, ternyata ada seseorang yang bertubuh tinggi besar tidur di sebelah isterinya.

Ia terus mencabut pedang dan berniat menetak orang itu. Nasib baik, ia terlebih dulu mencolek isterinya dengan pedang tersebut dan bertanya, "Siapa orang ini?"Ini Fulanah, si tukang sikat. Ia tadi mendandaniku dan kerana terlambat pulang, ia bermalam di sini, "jawab si isteri.

Alhamdulillah ... hampir sahaja ia melakukan kesalahan maut jika saja tidak bersabar dan terus menebaskan pedangnya ke orang tersebut, yang ternyata adalah perempuan tukang sikat. " 

Paginya, selepas solat Subuh, sahabat ini menghadap Rasulullah dan menceritakan kisahnya semalam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda,

إِذَا دَخَلْتُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ طُرُوقاً
"Jika salah seorang dari kalian musafir, janganlah dia mendatangi isterinya di malam hari" (HR. Ahmad)
Mengapa Rasulullah melarang seorang suami pulang safar menemui isterinya di malam hari? Dalam riwayat yang lain dinyatakan sebabnya.


إِذَا قَدِمَ أَحَدُكُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَهْلَهُ طُرُوقًا حَتَّى تَسْتَحِدَّ الْمُغِيبَةُ وَتَمْتَشِطَ الشَّعِثَةُ
"Jika salah seorang dari kalian datang pada malam hari maka janganlah dia mendatangi isterinya. (Berilah berita terlebih dahulu) agar wanita yang ditinggalkan suaminya mencukur bulu-bulu kemaluannya dan menyisir rambutnya "(HR. Muslim)
inilah sebabnya. Ketika ditinggalkan suaminya lama musafir, lalu tiba-tiba suaminya datang di malam hari, dikhuatiri isterinya tersebut tidak bersedia menyambutnya. Rambutnya masih rawak-acakan. Bulu-bulu rahsianya mungkin juga tidak dijaga rapi dan baunya sangat tidak sedap. Oleh itu menurut para ulama, seorang suami makruh pulang dari musafir secara tiba-tiba dimalam hari, apalagi secara sembunyi-sembunyi. Kalaupun terpaksa pulang di malam hari, digalakkan untuk menyampaikan berita terlebih dulu.Imam An Nawawi ketika menerangkan hadis ini dalam Syarah Shahih Muslim, beliau mengatakan bahawa larangan ini dikenakan bagi yang musafir lama dan datang secara tiba-tiba tanpa pemberitahuan. Bagi musafir yang sudahmemberitahu dahulu, maka tidak termasuk dalam larangan ini.

"Bagi jika safarnya dekat dan isterinya pun mengharapkan ketibaan pada malam hari," terang beliau, "maka pulang malam pun boleh. Begitu pula jika telah ada maklumat awal yang memberitahu ketibaan kepada isteri dan keluarganya, tidak mengapa. "


Imam Asy Syaukani menerangkan dalam Nailul Authar bahawa hikmah larangannya musafir mendatangi isteri pada malam kerana kemungkinan dia mendapati isterinya yang tak sedar ketibaannya, sehingga dia tidak bersedia membersihkan diri dan bersolek.

Mengapa suami perlu memberitahu ketibaan dan isteri perlu menyambutnya dengan bersih dan rapi? Demikianlah Islam mengatur sesuai fitrah manusia. Suami isteri yang tinggal berasingan kerana musafir tentu merasakan kerinduan dan berharap kehangatan kasih sayang antara keduanya. Islam pun mensunnahkan untuk mensegerakan berhubungan sekembalinya suami darimusafir. Tentu hal itu boleh berjalan dengan baik jika keduanya telah bersedia; bersih, harum, rapi. 

Para sahabat dan sahabiyah sangat mengerti dengan sunnah ini. Itulah mengapa ketika Abu Thalhah pulang dari berjihad, Ummu Sulaim menyambutnya dengan hangat dan mengajaknya ke tempat tidur walaupun saat ini anaknya baru sahaja meninggal. Ummu Sulaim melupakan kesedihannya kehilangan anak dan tidak mahu suaminya terpikirkan berita duka itu hingga kehilangankeghairahannya. Justeru kerana kesabaran inilah, keesokan harinya Rasulullah mendoakan keberkatan bagi kedua-duanya.

#TambahIlmu , Cara Malaikat Memberitahu Kita Bahawa Ajal Sudah Sampai


Jodoh , hidup dan mati semuanya telah allah suratkan sejak dari dalam rahim lagi . Jodoh boleh dicari , dipilih dan diminta mahu yang bagaimana . Namun , tidak pada hidup dan mati . Jika allah kata mati pada jam 4.00pm , maka tepat pada sekian waktu itulah waktu kita mati . Tidak dapat lari , walau berapa banyak harta tidak mampu membeli nyawa yang satu .

Mati ? adalah suatu perkara yang pasti berlaku pada semua hambaNya . Namun , yang membezakan kita antara yang lainnya adalah amalannya . Hari ini , tambahkeju mahu berkongsi sedikit tanda awal malaikat memberitahu ajal kita akan tiba .
 

Jom ketahui , cara malaikat memberitahu bahawa ajal kita sudah sampai !


Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "

Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba -aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )

Beginilah cara kerja Malaikat MautNabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya . "Wahai malaikat pencabut nyawa , apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati? "

Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh - ruh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku " ( HR abu Nu ' aim )

Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa MenjawabRasullullah SAW memerintahkan agar mayat- mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Selepas itu, beliau memanggil nama mereka satu- satu: "Wahai fulan bin fulan , fulan bin fulan , apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kaliab betul- betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar -benar ada dan terbukti. "

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah . "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang -orang yang sudah menjadi mayat? "

Rasulullah menjawab . "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan , Tapi ketahuilah , mereka mendengarnya , hanya saja tidak dapat menjawab " (HR Bukhari Muslim)-
sumber:kuatsembang.com